Tuesday, January 23, 2018

RPH KOMSAS

1
Tarikh / Masa
9 Disember 2016 /
 2.00 petang – 3.20 petang (80 minit)
2
Tingkatan
1 Al-Farabi
3
Bilangan murid
18 orang ( 12 perempuan, 9 lelaki )
4
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
6
Tajuk
Komsas ( nilai dan pengajaran)
7
Fokus Utama (HPU)
10.0 Memahami dan memberikan respons
peribadi tentang karya sastera.


Fokus Sampingan (HPK)
10.2 Mengenal pasti  perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

9
Objektif
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1.    Menyatakan 3 daripada 5 nilai yang dipelajari.
2.    Mengaplikasikan nilai tersebut dalam bentuk pengajaran.
3.    Menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

11
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral, Kesusasteraan

Nilai murni : Keprihatinan, kerjasama, tanggungjawab

Kewarganegaraan : Peraturan sosio budaya

Kemahiran bernilai tambah : KBKK,  verbal­linguistik, interpersonal dan intrapersonal,         

12
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
LCD, lembaran kerja, buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung
13
Pengetahuan Sedia Ada
1.    Murid telah mengetahui sinopsis cerpen tersebut.



Langkah dan masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Guru meminta murid membuat ramalan tentang tajuk yang akan dipelajari.

Jawapan murid:
1.    Cerpen Kasut Kelopak Jantung.


a.    Murid dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu satu kumpulan ‘kelopak’ dan satu kumpulan ‘jantung’.

b.    Murid diminta menepuk tangan mengikut rentak yang diarahkan oleh guru.

Kemahiran:
Mendengar
Bertutur

Teknik:
Koperatif
Kolaboratif

Nilai:
Kerjasama
Tanggungjawab
Langkah 1
(15 minit)

a.    Guru  menayangkan satu klip video untuk tontonan murid.


Kemahiran Bernilai Tambah:
Interpersonal

Kemahiran:
Mendengar
Langkah 2   
( 15 minit )
Nilai yang dipelajari:
1.    Kerajinan
2.    Kemaafan
3.    Berdikari

Pengajaran:
1.    Kerajinan seorang murid dalam menuntut ilmu.
2.    Kemaafan seorang murid terhadap gurunya.
3.    Berdikari dalam kehidupan

a.    Guru  membuat penerangan tentang nilai dan pengajaran.
Kemahiran:
Mendengar

Nilai: Keberanian

Pendekatan berpusatkan guru.
Langkah 3   
( 15 minit)
Contoh soalan:
1.    Siapakah watak utama yang terdapat dalam cerpen tersebut?
2.    Senaraikan nilai yang diperoleh dari cerpen itu.
3.    Nyatakan dua pengajaran yang anda tahu.

Jangkaan jawapan:
1.    Cikgu Harun
2.    Kemaafan
Kerajinan
Berdikari
3.    Kerajinan seorang murid dalam menuntut ilmu.
Kemaafan seorang murid terhadap gurunya.
Berdikari dalam kehidupan.

a.       Guru memilih seorang murid untuk melaksanakan teknik kerusi panas.
b.      Murid tersebut diminta duduk di hadapan kelas.
c.       Tiga orang murid dikehendaki mengajukan soalan kepada murid tersebut.
Teknik:
Kerusi panas
Penyoalan

Kemahiran:
Bertutur

Nilai:
Keberanian


Langkah 4   
( 15 minit)
Pengukuhan tentang nilai dan pengajaran diberi.
1.    Murid diedarkan lembaran kerja.

2.    Murid diminta membuat latihan yang diedarkan di rumah sebagai kerja rumah.
Teknik:
Pengukuhan

ABM:
Lembaran kerja
Buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Kemahiran:
Menulis
Penutup    (5 minit)
-Penutup kognitif.

Guru menyoal kefahaman murid
  ”Apakah yang kamu
  semua pelajari pada
  hari ini?’


Guru membuat rumusan
    a. Guru merumuskan isi
        pelajaran dan meminta
        pelajar membuat kerja
        rumah.



    b. Menyanyikan lagu 
        ‘Sumayyah’ bersama-sama.
Teknik:
Penyoalan



Catatan / Refleksi:



Komen Pensyarah:



(Lampiran 3)       Burung bangau dan serigala
Pada zaman dahulu, ada seekor serigala yang amat gelojoh ketika makan. Keadaannya seperti seekor haiwan yang tidak menemui makanan bertahun lamanya.
Pada suatu hari, ketika sedang menjamu selera, tiba-tiba dia tercekik sebatang tulang akibat terlalu gelojoh. Kejadian itu membuatkannya hampir mati akibat tercekik. Akibat terlalu sakit, dia pun meminta tolong kepada burung bangau.
Serigala berkata, “ Kalau kamu boleh mngeluarkan tulang yang tersekat di tekakku ini, aku janji aku akan memberikan ganjaran kepada kamu”.
Mendengar sahaja ganjaran yang dijanjikan, burung bangau pun setuju. Burung bangau menghulurkan lehernya yang panjang ke dalam tekak serigala dan berjaya mengeluarkan tulang itu.
Serigala dengan selamba pun berlalu pergi. Burung bangau pun bertanya, “ Di mana ganjaranku wahai serigala? “. Serigala menjawab, aku tidak memakan kamu ketika kepala kamu di dalam tekakku tadi. Itulah ganjarannya “.
(Lampiran 1)               Bangau Oh Bangau


Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul. (2 x)

Ikan oh ikan,
Kenapa tak timbul-timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat (2x)

Rumput oh rumput,
Kenapa engkau panjang,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku. (2x)

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit. (2x)

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit,
Macam mana aku tak sakit,
Makan nasi mentah. (2x)


Nasi oh nasi,
Kenapa engkau mentah,
Macam mana aku tak mentah,
Kayu api basah. (2x)

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah,
Macam mana aku tak basah,
Hujan timpa aku. (2x)

Hujan oh hujan,
Kenapa kau timpa kayu,
Macam mana aku tak timpa,
Katak panggil aku. (2x)

Katak oh katak,
Kenapa engkau panggil hujan,
Macam mana aku tak panggil,
Ular nak makan aku. (2x)

Ular oh ular,
Kenapa kau nak makan katak,
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku (2x)




(Lampiran 5)        Jawab soalan yang diberikan.

1.    Apakah sikap Serigala ketika makan ?
…………………………………………………………………………..

2.    Bagaimanakah Bangau mengeluarkan tulang yang tercekik?
…………………………………………………………………………………..

3.    Apakah yang dijanjikan Serigala kepada Bangau?
…………………………………………………………………………..

4.    Pada pendapat anda, apakah warna Bangau?
                        ………………………………………..

5.    Apakah pengajaran cerita ini?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
                                                                                    









kepala
(Lampiran 6)  Lengkapkan ayat berikut dengan frasa yang sesuai.

mati

Burung Bangau
 




ganjaran

gelojoh

tulang
 















1.    Serigala mempunyai sifat …………………………… ketika makan.
2.    Ketika Serigala sedang menjamu selera, tiba-tiba dia tercekik sebatang …………………….. .
3.    Kejadian itu menyebabkannya hampir ………………………….. akibat tercekik.
4.    Serigala meminta bantuan daripada seekor …………………………. .
5.    Serigala berjanji akan memberi ………………………………… kepada Burung Bangau.
6.    Serigala memberikan ganjaran kepada Bangau dengan tidak memakan ………………………….  Bangau ketika berada dalam tekak Serigala.


                                                                                                        


(Lampiran 4)    Kad petikan cerita “Burung Bangau dan Serigala”


Serigala : Tolong ! Tolong ! Tolong saya.

Serigala : Tolong aku Burung Bangau. Aku tercekik sebatang tulang! Tolong!

Serigala : Aku akan berikan pada engkau ganjaran yang besar. Tolonglah aku Burung Bangau.

Serigala : Terima kasih .

Burung Bangau : Baiklah, aku akan menolong engkau.

Burung Bangau : Apa yang akan aku dapat jika aku menolong kamu mengeluarkan tulang itu?

Burung Bangau : Mengapa dengan kamu, Serigala?
 




















                                                                                                                          





(Lampiran 7)       Burung bangau dan serigala
Pada zaman dahulu, ada seekor serigala yang amat gelojoh ketika makan. Keadaannya seperti seekor haiwan yang tidak menemui makanan bertahun lamanya.
Pada suatu hari, ketika sedang menjamu selera, tiba-tiba dia tercekik sebatang tulang akibat terlalu gelojoh. Kejadian itu membuatkannya hampir mati akibat tercekik. Akibat terlalu sakit, dia pun meminta tolong kepada burung bangau.
Serigala berkata, “ Kalau kamu boleh mngeluarkan tulang yang tersekat di tekakku ini, aku janji aku akan memberikan ganjaran kepada kamu”.
Mendengar sahaja ganjaran yang dijanjikan, burung bangau pun setuju. Burung bangau menghulurkan lehernya yang panjang ke dalam tekak serigala dan berjaya mengeluarkan tulang itu.

Serigala dengan selamba pun berlalu pergi. Burung bangau pun bertanya, “ Di mana ganjaranku wahai serigala? “. Serigala menjawab, aku tidak memakan kamu ketika kepala kamu di dalam tekakku tadi. Itulah ganjarannya “.

No comments:

Post a Comment