Sunday, January 21, 2018

RPH BM: AKTIVITI 4

6.0 Berurus dengan pihak tertentu
untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan
6.1 Menggunakan sebutan, intonasi, dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
Aras 1
i. Mengenal pasti gaya pengucapan dan kata panggilan yang sesuai untuk berhubung dengan pihak tertentu melalui telefon atau di kaunter.
ii. Membuat pertanyaan untuk mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan dan memberikan respons yang sesuai apabila memperoleh maklumat tersebut.
iii. Memesan barangan secara bersemuka atau melalui cara yang lain dengan menggunakan kata, ayat dan laras yang sesuai.
iv. Melengkapkan borang pesanan
·  Menjalankan simulasi perbualan telefon untuk membuat pesanan barangan. Dengan menggunakan nada, kata-kata, ungkapan dan ayat yang sesuai.
·  Melakonkan situasi mendapatkan barangan contohnya membeli komputer. Soalan yang
boleh dikemukakan ialah jenama, harga, tempoh jaminan dan keistimewaannya.
·  Mengajukan soalan pelbagai aras. Bagi mendapatkan perkhidmatan misalnya ingin
mendaftar sebagai ahli pusat gimnasium, soalan yang boleh ditanyakan ialah yuran
keahlian, bayaran bulanan, dan waktu latihan.
·  Memesan sesuatu barangan melalui E-mel menggunakan kata dan ayat yang jelas.
·  Mengisi borang pesanan yang sebenar.
………………………………………………………………………………………………………..

Aktiviiti Pembelajaran

Set Induksi
Guru menayangkan iklan hari raya.
Iklan Hari Raya TM 2014 Bertajuk Adik

Langkah 1:
Guru meminta pelajar memberi respon tentang iklan tersebut dari segi sebutan, intonasi dan bahasa tubuh.

Langkah 2:
Pelajar dibawa ke Koperasi Sekolah untuk bertemu dengan pengawas koperasi.

Langkah 3:
Pelajar menulis soalan-soalan yang sesuai untuk membeli barangan.

Langkah 4:
Pelajar melakonkan cara mendapatkan atau membeli sesuatu barang dengan intonasi dan sebutan yang betul

Penutup:
Pelajar membuat rumusan tentang aktiviti ini dan guru menayangkan iklan berkaitan belian barang.

BELI BARANGAN MALAYSIA KASUT HEBAT - FILEM NEGARA




No comments:

Post a Comment