Sunday, January 21, 2018

RPH BM : AKTIVITI 1

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Interpersonal
Tingkatan 1
Hasil Pembelajaran Utama :
1.0   Berinteraksi untuk menjalin dan memperat hubungan mesra
Hasil Pembelajaran Khusus :
1.1  Berbual dan berbicara tentang perkara berkaitan dengan kehidupan harian yang  
       menyentuh diri, rakan dan keluarga dengan memggunakan kata, intonasi, dan nada
       yang sesuai.
Aras 1
iii    Menyapa dan memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang
      kepada orang lain dengan mesra dan santun.
Set induksi; (5 minit)
Guru menunjukkan gambar situasi  seorang pelajar memperkenalkan rakan barunya kepada keluarga.
*Gambar sebagai bahan ransangan kepada pelajar.

Aktiviti: (30 minit)
·         Melakonkan situasi memperkenalkan rakan baru kepada orang tertentu seperti ibu  bapa.
Langkah 1;
Pelajar diminta untuk meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Langkah 2;
Guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan (4 orang untuk 1 kumpulan).
Langkah 3;
Pelajar membentuk kumpulan berdasarkan arahan guru.

Langkah 4;
Guru memberi arahan kepada pelajar supaya berbincang dan melaksanakan lakonan spontan yang menunjukkan situasi memperkenalkan rakan baru kepada ibu bapa.
Langkah 5;
Pelajar mempersembahkan lakonan melalui kumpulan masing- masing di dalam kelas dengan bimbingan daripada guru.

Penutup : (5minit)
-       Pelajar membuat  rumusan keseluruhan persembahan dengan bimbingan guru.
-       Guru membuat penilaian dan rumusan.
-       Guru memainkan lagu  nasyid melalui tayangan video yang bertajuk Jalinan Ukhuwah sebagai tanda penamat aktiviti pengajaran dan pembelajaran.





No comments:

Post a Comment