Sunday, January 21, 2018

RPH BM 9

Tarikh: 10 Jun 2014
Masa: 10.00 pagi – 10.40 pagi
Tingkatan: 1 Iltizam
Bilangan pelajar: 23 orang ( 12 perempuan, 11 lelaki)
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk Pengajaran: Ukhwah yang Terjalin Bersama Keluarga
Objektif: Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:-
              Dapat mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta
              pengalaman, dan memberikan jawapan yang sesuai dalam perbualan secara
              bertatasusila
Hasil Pembelajaran: Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan
                                 menggunakan pelbagai soalan.

Set Induksi: Pelajar diberi pelbagai variasi kuih raya. Pelajar dikehendaki menggunakan                      deria rasa, melihat, bau, hidu dan sentuhan untuk mengetahui jenis kuih raya
                   tersebut. Guru mengaitkan dengan pelajaran hari itu.
Aktiviti: 1) Pelajar dipertontonkan tayangan video tentang suasana hari raya.
            2) Kemudian, pelajar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan untuk
                membincangkan tentang sambutan hari raya berdasarkan beberapa buah situasi.
            3) Menulis dialog secara berpasangan dalam konteks aktiviti sosial dengan
                menyelitkan nilai-nilai murni dan kata panggilan.
            4) Melaksanakan sesi berdialog  berdasarkan dialog yang ditulis.
            5) Akhir sekali, pelajar membuat rumusan apa yang mereka pelajari pada hari ini.
Nilai-nilai murni: Bekerjasama, berdaya saing
Media Pengajaran: LCD
Refleksi: Objektif tercapai. Pelajar dapat bersoal jawab secara bertatasusila semasa sesi                berdialog dijalankan dengan menggunakan pelbagai soalan.


No comments:

Post a Comment