Tuesday, January 20, 2015

Mekanisme Pertukaran Gas dalam Manusia

            Proses pernafasan manusia melibatkan proses menarik dan menghembus secara bergilir-gilir. Proses pernafasan atau lebih dikenali sebagai secara saintifik sebagai proses respirasi ialah proses mendapatkan oksigen dan menghantarnya ke sel-sel untuk respirasi sel serta menyingkirkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel.

            Semasa melakukan senaman seperti berlari, bermain badminton dana senaman aerobik sel-sel otot memerlukan lebih banyak oksigen dan glukosa agar dapat membebaskan tenaga semasa respirasi sel berlaku. Apabila menyedari kadar pernafasan semakin meningkat, kadar degupan jantung pula semakin pantas mengepam lebih banyak darah ke peredaran darah. Proses respirasi ini berlaku semasa udara melalui otot interkosta luar lalu mengecut dan otot interkosta dalam pula mengecut. Seterusnya, sangkar rusuk bergerak ke atas, tekanan udara dalam paru-paru lebih tinggi dari udara atmosfera, akibatnya udara keluar.

            Peningkatan kadar degupan jantung membolehkan darah menghantar lebih banyak oksigen dan glukosa ke sel-sel dan pada masa yang sama menyingkirkan karbon dioksida dari sel-sel dengan lebih cepat.


            Pengambilan nafas yang cepat dan dalam membolehkan seseorang menyedut lebih banyak oksigen agar oksigen yang berlebihan digunakan untuk mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida dan air dikumuhkan kemudiannya.

Sumber: Cikguhailmi (2014)