Proses pernafasan manusia melibatkan proses menarik dan
menghembus secara bergilir-gilir. Proses pernafasan atau lebih dikenali sebagai
secara saintifik sebagai proses respirasi ialah proses mendapatkan oksigen dan
menghantarnya ke sel-sel untuk respirasi sel serta menyingkirkan karbon
dioksida yang dihasilkan oleh sel.
Semasa melakukan senaman seperti berlari, bermain
badminton dana senaman aerobik sel-sel otot memerlukan lebih banyak oksigen dan
glukosa agar dapat membebaskan tenaga semasa respirasi sel berlaku. Apabila
menyedari kadar pernafasan semakin meningkat, kadar degupan jantung pula
semakin pantas mengepam lebih banyak darah ke peredaran darah. Proses respirasi
ini berlaku semasa udara melalui otot interkosta luar lalu mengecut dan otot
interkosta dalam pula mengecut. Seterusnya, sangkar rusuk bergerak ke atas, tekanan udara dalam paru-paru
lebih tinggi dari udara atmosfera, akibatnya udara keluar.
Peningkatan kadar degupan jantung membolehkan darah
menghantar lebih banyak oksigen dan glukosa ke sel-sel dan pada masa yang sama
menyingkirkan karbon dioksida dari sel-sel dengan lebih cepat.
Pengambilan nafas yang cepat dan dalam membolehkan
seseorang menyedut lebih banyak oksigen agar oksigen yang berlebihan digunakan
untuk mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida dan air dikumuhkan
kemudiannya.
Sumber: Cikguhailmi (2014)