1.0
Pendahuluan
Dalam usaha kita untuk bersaing
dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di
harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) akan dapat
menaikkan prestasi negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2015 di mana ianya merupakan
salah satu daripada 6 Aspirasi Murid.
1.1
Konsep dan Teori Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) melibatkan kemahiran intelek yang
tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas
dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
Ini merupakan pengaplikasian
pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran
reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau
maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara
kritis dan kreatif.
Apabila pelajar mempunyai kemahiran
ini, pelajar akan berupaya membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh memberi jawapan dalam
pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah
dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di
kalangan para pelajar.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) ini juga mempunyai kelebihan lain
iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar.
Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing.
Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
Bagi menerapkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan para pelajar maka peranan guru sangat
signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka
telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti
latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.
Walau apa pun guru perlu terus
ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang
terbaik kepada pelajar dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh
dilakukan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang
berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dijalankan. Soalan dikemukakan
adalah soalan yang membolehkan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisa,
mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta
atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.
Empat aras dalam
domain kognitif dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan
mencipta adalah seperti berikut:
a. Mengaplikasi
Menjalankan atau mengguna prosedur melalui
pelaksanaan atau mengimplementasikan. Pelajar perlu menunjukkan, melengkapkan,
mengklasifikasikan, meneliti, mengilustrasikan, menggunakan dan menyelesaikan.
b. Menganalisis
Memecahkan bahan atau konsep kepada
bahagian-bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian tersebut
berkaitan atau saling berkait antara satu sama lain atau menjelaskan secara
keseluruhan struktur atau maksud. Pelajar perlu membanding, menerangkan,
menguji, mengidentifikasikan, mengkategorikan, menyiasat dan membezakan.
c. Menilai
Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan
piawaian melalui pemeriksaan dan kritikan. Pelajar perlu menjustifikasikan,
menaksir, mengesyorkan, menentukan, menghakimi, mencadangkan dan memilih.
d. Mencipta
Meletakkan (mencantumkan) elemen-elemen
berlainan bersama untuk membentuk suatu yang koheren (bersepadu) atau berfungsi
sepenuhnya; mengatur semula elemen-elemen berlainan menjadi satu corak atau
struktur baru melalui penjanaan, perancangan atau penghasilan. Pelajar perlu
mencipta, mereka bentuk, merancang, mereka cipta, membina/konstruk dan
membayangkan.
Rajah 1: Taksonomi Bloom Disemak Semula
(Anderson dan Krathwol 2001; Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2013 )
1.2
Kajian TIMSS dan PISA
Kesedaran pentingnya kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis ini timbul apabila prestasi negara kita
semakin menurun dalam keputusan '’Trends in International Mathematics and
Science Study” (TIMMS) dan PISA .
Tahun
|
Skor Purata (Sains)
|
1999
|
492
|
2003
|
510
|
2007
|
471
|
2011
|
426
|
Jadual 1: Pencapaian Pelajar Malaysia
dalam TIMMS dan PISA
Sumber: Berita Semasa
Sehubungan dengan itu, guru
memainkan peranan penting dalam memastikan kurikulum yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Guru perlu melakukan satu perubahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, anjakan daripada budaya menghafal dan kaedah latih
tubi yang diyakini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kepada pengajaran
dan pembelajaran yang menekankan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
1.3 Penutup
Tuntasnya, pendekatan KBAT yang
dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memerlukan pelajar memahami dan
mengaplikasi pemikiran kritikal, logikal,dan kreatif . Kesemua kemahiran
tercetus apabila pelajar berhadapan dengan masalahyang tidak biasa dihadapi, persoalan
dan dilema .Kejayaan mengaplikasi kemahiran inidalam pengajaran dan
pembelajaran akan membuahkan penjelasan ,keputusan yangtepat, pencapaian serta
hasil yang sah dalam konteks pengetahuan . Sekaligus dapat meningkatkan
intelektul pelajar .
Selain itu, mendapat sokongan dari
pihak berwajib seperti pihak sekolah, guru,ibu bapa, masyarakat sekeliling dan
diri pelajar itu sendiri dengan melengkapkandiri dengan segala kemahiran dan
pengetahuan yang meluas melalui pengaplikasianKBAT dalam pembelajaran di mana
matlamat utama negara adalah melahirkan pelajar generasi abad ke- 21 yang
berfikrah dan mampu bersaing di persada dunia antarabangsa .
2.0
Pengenalan Pendidikan
STEM
Antara usaha yang dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sumber tenaga mahir
dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industry adalah menerusi pengukuhan
pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada
konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia
sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik
minat murid melalui
aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
Pendidikan STEM adalah antara agenda
yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk
menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak
berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk
menghadapi cabaran dan berdaya saing di
peringkat global.
2.1 Definisi STEM
Becker & Park (2011) “Pendidikan
STEM merupakan pendekatan yang meneroka pengajaran dan pembelajaran antara
mana-mana dua komponen STEM atau lebih atau juga antara satu komponen STEM
dengan disiplin ilmu lain”
Sanders et al. (2011) “Pendidikan
STEM adalah pengintegrasian konsep reka
bentuk
teknologi/kejuruteraan kedalam pengajaran dan pembelajaran sains.”
2.2 DASAR MENYOKONG STEM
Usaha KPM membangunkan modal insan
yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai murni untuk menyertai
bidang STEM disokong oleh dasar-dasar negara seperti berikut:
a. Dasar 60%
Sains:40% Sastera (Dasar 60:40)
Dasar
60:40 telah dilaksanakan mulai tahun 1970-an dengan tujuan menyediakan lebih
ramai murid yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian di peringkat tertiari
dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T). Dasar ini juga berhasrat untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri bagi memacu
ekonomi Malaysia.
b. Dasar Sains,
Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
DSTIN
telah diperkenalkan pada 1986 bagi menyokong pencapaian aspirasi Malaysia untuk
menjadi negara maju. NSTP menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat
kepada pembangunan ekonomi bagi
meningkatkan kemudahan fizikal dan kesejahteraan rakyat. Dasar ini disemak semula
pada tahun 2003 agar selari dengan keperluan negara mencapai hasrat Wawasan 2020.
c. Pelan Pembangunan Pendididkan
Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)
Pendidikan STEM merupakan satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi
menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21.
Pendidikan STEM dalam PPPM
dilaksanakan dalam 3 fasa;
a. Gelombang 1 (2013 - 2015): pengukuhan kualiti pendidikan
STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan
penggunaan model pembelajaran pelbagai mod
b. Gelombang 2 (2016 - 2020): kempen dan kerjasama dengan
badan-badan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat
dalam STEM
c. Gelombang 3 (2021 - 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan
melalui peningkatan keluwesan operasi.
2.3 Kelebihan Stem
STEM penting sebagai persediaan
kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global.
Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia meliputi setiap aspek
kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan. Modal
insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal
berdaya saing dan dinamik di
peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan
murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan dan pembangunan
dalam ciptaan baharu dan inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan.
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM
yang berfokuskan pelajar dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik
dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang mengintegrasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan
inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah
dalam konteks dunia sebenar. Pelajar yang mengikuti Pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi,
berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
KPM akan memastikan pelajar dilengkapi
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang diperlukan untuk meneruskan
pengajian di peringkat tertiari dan seterusnya menghadapi cabaran dunia yang
sentiasa berubah. Usaha juga dibuat untuk memantapkan Pengajaran dan
pembelajaran (PdP) STEM bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di
peringkat sekolah dengan aktiviti yang mencabar minda melalui inkuiri,
pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
2.4 Ciri-ciri Pengajaran dan
Pembelajaran STEM
Guru harus mengintegrasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai matapelajaran tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan
atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar.
Terdapat beberapa ciri Pengajaran
dan pembelajaran (PdP) STEM dikenalpasti bagi membimbing guru melaksanakan
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM di sekolah.
a. Melibatkan pelajar mengaplikasikan kemahiran mereka
bentuk
b. Memberi peluang pelajar menambah baik jawapan
c. Melibatkan pelajar dalam kerja berpasukan yang produktif
d. Memerlukan pelajar mengaplikasikan pemahaman kandungan
STEM
3.0
Pengenalan Pembelajaran Abad Ke-21
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan
dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat
yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum
itu pastinya ditentukan oleh senario
yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Perancangan kurikulum abad ke-21 bagi matapelajaran sains
mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan
corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara
Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus
oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat.
3.1
Fokus / Penekanan Kurikulum
Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu
membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi (JERI) . Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada
penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai
kemahiran iaitu :-
a. kemahiran
berfikir secara kritikal dan kreatif
b. kemahiran
berkomunikasi secara berkesan
c. kemahiran
menikmati keindahan ciptaan dan seni
d. kemahiran
membuat pilihan dan membuat keputusan
3.2
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21 pelajar perlu mendapat segala
kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.
Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu
memiliki beberapa aspek tertentu. Di
mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak
kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu
memiliki aspek seperti :
a.
Pelajar berupaya membuat hubung-kait di
antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.
b.
Bijak menyoal guru ketika berada di dalam
bilik darjah.
c.
Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada
guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
d.
Berani untuk mengambil risiko untuk belajar
dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada
beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke-21
amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu
seperti berikut:
a.
Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan
terhadap kandungan kurikulum.
b.
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
c.
Memahami perkembangan murid-murid dan
menyayangi murid.
d.
Menggunakan teknologi terkini tidak kira
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan
sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti
komputer, multimedia, cekera padat dan Korridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran
pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan
menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih
bermakna kepada pelajar.
a. Teknologi Maklumat/Komputer
Dalam konteks pendidikkan, teknologi maklumat merupakan
peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh
digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan
maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau
hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan
bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam
mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam
bentuk data teks, imej atau suara.
Pelajar dalam abad ke- 21 pasti berada dalam gelombang
teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana
komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya
komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah
dan lepasan menengah.
b.
Pengajaran
dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih
tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang
diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan
melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di
dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah
(fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap
pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya
untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih
untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri
daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang
tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan
sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
c.
Pendekatan Modular
Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi
setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu
tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua
peringkat persekolahan.
Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai
menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul
ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu
ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
d. Mastery Learning
Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan
pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan
pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada
mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir
setiap pembelajaran.
3.3
Penilaian
Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk
menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap
penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.
Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar
dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut:
a.
Penilaian Berasaskan Sekolah
b.
Penilaian Berterusan
c.
Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning
Outcomes)
d.
Ujian/ Peperiksaan Secara Online
3.4
Penutup
Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum
yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti
dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara
agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat
tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari,
tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi,
penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian,
di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas
yang besar ini.