Wednesday, January 24, 2018

Laporan ulasan

1.0 Laporan Pemerhatian
             Murid didapati tidak memberikan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dan tidak memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru.

2.0 Laporan ujian pra dan ujian pasca
            Guru telah menjalankan ujian pra bagi menguji tahap prestasi murid berkenaan dalam tajuk nombor bulat sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Manakala ujian pasca pula diberi setelah kaedah koperatif dilaksanakan. Dengan menggunakan kaedah koperatif, prestasi murid meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Buktinya terdapat perubahan pada prestasi murid terhadap kaedah ini berbanding kaedah tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sahaja. 

3.0 Konklusi
            Kesimpulannya jelas menunjukkan terdapat perbezaan prestasi bagi murid yang menggunakan kaedah koperatif dengan murid yang menggunakan kaedah tradisional. Ini terbukti dari keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Selain itu murid juga semakin berminat terhadap pembelajaran matematik setelah kaedah ini diperkenalkan. Ini dapat dilihat dari hasil kajian yang telah dijalankan melalui borang soal selidik terhadap keberkesanan kaedah koperatif.
             Murid akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran  dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan murid lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Jika aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar maka sudah pastilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Murid berpeluang membina soalan-soalan yang kreatif dan murid akan sentiasa merasai bahawa dirinya dihargai .



No comments:

Post a Comment