Sunday, January 21, 2018

RPH BM 8

Tarikh: 10 Jun 2015
Masa: 11.00 pagi – 11.40 pagi
Tingkatan: 1 Al-Khawarizmi
Bilangan pelajar: 20 orang ( 12 perempuan, 8 lelaki)
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Objektif: Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat:-
            Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

Set Induksi: Guru menceritakan tentang alat perhubungan dari zaman dahulu hingga sekarang.Contohnya,alat perubungan yang ada pada zaman dahulu ialah telegram dan telefon berwayar. Pada zaman sekarang,semakin banyak alat perhubungan yang ada seperti telefon mudah alih,internet,pos laju,emel dan mesin faks.
Aktiviti: 1) Pelajar dipertontonkan tayangan iklan TM Net yang mana membawa maksud    ‘berhubunglah selalu dengan insan tersayang.’

            2) Guru membahagikan kumpulan kepada setiap pelajar.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang pelajar.           

            3) Guru memberi situasi supaya pelajar boleh membuat dialog dan melakonkannya.

            4) Setiap kumpulan bergilir-gilir ke hadapan untuk melakonkan dialog yang dibina.

            5) Akhir sekali, guru meminta semua pelajar berdiri dan menyanyikan lagu Salam beramai-ramai.
Nilai-nilai murni: Bekerjasama, fokus terhadap apa yang dipelajari
Media Pengajaran: LCD
Refleksi: Objektif tercapai. Pelajar dapat bersoal jawab secara bertatasusila semasa sesi berdialog dijalankan dengan menggunakan pelbagai soalan.


No comments:

Post a Comment