Sunday, January 21, 2018

JURNAL PRAKTIKUM III



JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
8

Tarikh
:
21-08-2017

Tajuk
:
KEPUTUSAN UJIAN OGOS MATEMATIK

Kategori
:
Penilaian

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR




1. Isu Yang Difokuskan :

Markah bagi keputusan ujian bulanan Ogos bagi matapelajaran Matematik sangat mendukacitakan saya. Ini disebabkan oleh pelajar saya yang seramai enam orang hanya seorang sahaja yang lulus manakala selebihnya gagal.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya merasakan bahawa saya telah gagal mengajar mereka dengan baik sehinggakan pelajar saya memperolehi markah yang agak teruk. Selain itu, saya juga kurang memberi latihan untuk mengukuhkan sesuatu topik yang di ajar. Para pelajar pula bertanggapan bahawa ujian bulanan Ogos ini tidak penting. Disebabkan itulah, para pelajar mengambil sikap sambil lewa sahaja semasa menjawab soalan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Syed Lutri (1994), guru bertanggung jawab untuk mencemerlangkan pelajar-pelajarnya dengan memperbanyakkan latihan, tunjuk ajar, kelas tambahan dan sebagainya untuk memastikan pelajar memahami dan memanfaatkan sepenuhnya apa yang diajar.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Terdapat beberapa cara bagi mengatasi masalah ini:
i. Saya perlu memberi banyak latihan dan nota
ii. Saya perlu mendapatkan bimbingan guru pembimbing dan guru matematik yang lain tentang teknik dan strategi yang sesuai digunakan.
iii. Sebelum menyediakan kertas peperiksaan, saya perlu berbincang bersama-sama rakan guru matematik agar soalan yang digubal menepati JSI yang sepatutnya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa yang terdekat. Saya akan mempraktikkan segala cadangan yang dikemukakan. Ini bertujuan agar markah untuk peperiksaan akhir tahun akan meningkat yang bakal menjadi TOV untuk headcount pada tahun hadapan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

25-08-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya mengambil langkah yang segera agar masalah ini dapat diatasi. Untuk langkah perbincangan semasa membuat soalan peperiksaan, saya akan melakukannya apabila peperiksaan akhir tahun akan dilaksanakan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Peperiksaan menentukan hala tuju bagi seseorang pelajar dalam dunia pendidikan. Pembelajaran dan peperiksaan merupakan dua perkara utama dalam alam persekolahan para pelajar. Gaya pembelajaran merupakan satu faktor penting yang menentukan pencapaian dan personaliti pelajar. Sehubungan dengan itu, saya berharap terdapat peningkatan markah pada keputusan peperiksaan akhir tahun nanti

Rujukan :

Hj. Bhasah bin Hj. Abu Bakar( 2009, May) Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan Dari Perspektif Pelajar Sekolah Menengah Boleh didapati : http://bhasahabubakar.blogspot.my/2009/05/pendidikan-berorientasikan-peperiksaan.html



JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
9

Tarikh
:
05-09-2017

Tajuk
:
KEPELBAGAIAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kategori
:
Pengajaran dan Pembelajaran

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR




1. Isu Yang Difokuskan :

Saya mendapati bahawa saya masih lagi lemah dalam mengaplikasikan teknik yang lebih kreatif bagi menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik minat pelajar serta meningkatkan penglibatan pelajar untuk lebih aktif

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Pada perspekif saya, isu ini timbul disebabkan oleh saya kurang melakukan kajian tentang teknik pengajaran dan pembelajaran yang baharu dan menarik.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan ”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar”.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya perlulah membuat kajian di laman sesawang dan perlu melakukan banyak pembacaan agar pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat dan berkeupayaan melibatkan semua pelajar dengan aktif.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan membuat kajian dan bertanya kepada guru pembimbing tentang teknik pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

12-09-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

saya dapat menjalankan aktiviti yang lebih kreatif. Para pelajar telah nmenumpukan perhatian dan ia juga dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran. saya juga dapat mencapai objektif pembelajaran saya.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Pengajaran yang kreatif boleh meningkatkan minat murid terhadap pengajaran sesuatu matapelajaran.

Rujukan :

Reed, Kirkpatrick (1998). Evaluating training programs: The four levels (2nd ed.). San Francisco,CA: Berrett-Koehler.


JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
10

Tarikh
:
12-09-2017

Tajuk
:
JAWATANKUASA EXPLORACE

Kategori
:
Kokurikulum

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR



1. Isu Yang Difokuskan :

Saya bersama beberapa orang guru telah dilantik menjadi jawatankuasa'explorace'. Kami perlu merangka beberapa aktiviti yang bersesuaian sempena Kem Perkhemahan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya telah ditugaskan untuk merangka aktiviti teknik simpulan dan ikatan di satu tempat pemeriksaan. Namun begitu, sebelum ini saya tidak pernah membuat teknik simpulan dan ikatan tali.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Berdasarkan perkhemahan pada tahun lepas, aktiviti yang dilaksanakan adalah:
i. pemasangan khemah
ii. Pertandingan kawad kaki
iii. Pertandingan gajet

Maka saya dapat simpulkan bahawa teknik simpulan dan ikatan merupakan perkara baharu bagi tahun ini.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya perlulah membuat kajian di laman sesawang dan mempelajari teknik ikatan dan simpulan daripada jurulatih Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya perlu mengenalpasti beberapa jurulatih luar yang arif tentang teknik ikatan dan simpulan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

13-09-2017

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya berjaya mempelajari tiga jenis ikatan iaitu simpul bedah, simpul himpit dan simpul manok.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Semasa mempelajari simpulan ini saya mengambil masa yang lama untuk mempelajari sehingga kadang timbul perasaan berputus asa. Namun begitu, saya tetap berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya mempelajari simpulan tersebut.

Rujukan :

https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam




JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
11

Tarikh
:
18-09-2017

Tajuk
:
PENGURUSAN FAIL DATA

Kategori
:
Pengurusan dan Pentadbiran

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR



1. Isu Yang Difokuskan :

Baru-baru ini sekolah telah dikunjungi oleh pihak Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara dan Ketua Sektor Pendidikan Islam dengan melancarkan Operasi Turun Padang yang memantau unit yang berada di bawah sektor ICT.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Beliau telah memantau semua fail di bawah unitnya. Disebabkan oleh, saya memegang jawatan sebagai guru data saya harus membentangkan segala data tentang sekolah. Terdapat beberapa bahagian yang perlu ditambah baik setelah dinilai oleh pihak mereka.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Pihak PPD ada mengedarkan senarai semak dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan pengurusan fail data.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya akan selalu melihat 'group whatsapp' guru data kinta utara untuk memastikan segala dokumen yang diperlukan lengkap.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

3 hari.

6. Tindakan Susulan :

Saya perlu sentiasa mendapatkan khidmat bantu daripada pihak Penolong Kanan Pentadbiran agar dapat memastikan segala dokumen yang diperlukan mencukupi

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

21-09-2017

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Alhamdulillah saya telah mendapat bimbingan yang baik daripada pihak pentadbiran, PPD dan SPI. Selain itu, saya telah menjaring hubungan dengan guru data daripada Maahad As-Syafie, Maahad Al-Ummah dan SM Tuanku Abdul Rahman bagi melengkapkan fail pengurusan data.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Selain daripada saya telah berjaya melengkapkan fail pengurusan data, saya juga telah berjaya membuat satu jaringan profesional dengan beberapa buah sekolah. Ini merupakan salah satu pengalaman yang paling berharga.

Rujukan :

http://jpnperak.moe.gov.my/spmict/


JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
12

Tarikh
:
25-09-2017

Tajuk
:
MINGGU TERAKHIR FASA DUA PRAKTIKUM

Kategori
:
Lain-Lain

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR





1. Isu Yang Difokuskan :

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi fasa dua dan berakhirlah minggu saya menjalani praktikum. Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi saya untuk melengkapkan fail portfolio, menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun dan banyak lagi beban kerja guru.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Guru menghadapi masalah dalam menyempurnakan semua tugasan yang diberikan.Kekangan masa dalam menyiapkan semua tugasan dan menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun merupakan beberapa faktor cabaran kepada guru pelatih dalam menyempurnakan setiap tugasan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Saya banyak meminta pendapat guru pembimbing berkaitan tugasan menyempurnakan semua tugasan

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Pihak pentadbiran sekolah seharusnya menilai dan memberi kurang kerja kepada kami guru praktikum. Memanglah kerja di sekolah sama penting , tetapi toleransi itu perlu ada sekiranya kita mahu berjaya dan bergerak seiringan di dalam sebuah pasukan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

4 hari

6. Tindakan Susulan :

Menyelesaikan semua tugasan praktikum dalam minggu ini juga kerana tarikh akhir praktikum 29 September 2017

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

29-09-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tugasan semua dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan kerana guru telah membuat satu sistem jadual mengikut keutamaan yang telah diberi tunjuk ajar oleh guru pembimbing.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Alhamdulillah,akhirnya tugasan-tugasan yang dibekalkan oleh pensyarah praktikum dapat disiapkan sebelum habis tempoh praktikum.Banyak pengajaran dan pembelajaran yang saya dapat sewaktu tempoh praktikum.Pelbagai tunjuk ajar yang diberkian oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.Banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki di masa akan datang.Semoga saya dapat mengubah corak pengajaran saya di masa akan datang.

Rujukan :

Menurut Hamka orang yang berjaya ialah orang yang paling tidak bertangguh kerjanya




No comments:

Post a Comment