Sunday, January 21, 2018

JURNAL PRAKTIKUM



JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
10

Tarikh
:
18-04-2017

Tajuk
:
MINGGU 10: TIDAK SIAP KERJA RUMAH

Kategori
:
Pengurusan Bilik Darjah

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR





1. Isu Yang Difokuskan :

Terdapat tiga orang pelajar bagi kelas Sains 1 Iltizam, tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Setelah dibuat pemantauan, saya mendapati pelajar tersebut tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi kerana malu dan takut untuk bertanya dengan guru kerana terdapat beberapa soalan yang mereka tidak faham.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Bagi mengatasi masalah ini, guru telah melantik beberapa pelajar sebagai guru muda bagi membimbing pelajar yang lemah. Selain itu, saya perlu memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu



6. Tindakan Susulan :

Guru perlu memberi latihan pengukuhan selepas tamat pengajaran bagi mengenalpasti tahap kefahaman pelajar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

25-04-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Teknik guru muda dapat mencungkil tahap keyakinan diri pelajar. Secara tidak langsung pelajar yang lemah tidak berasa malu untuk bertanya apabila terdapat kemusykilan. Hal ini kerana guru muda boleh membimbing mereka.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya berasa cukup terharu kerana pelajar yang lemah dapat diatasi dan pelajar yng cemerlang dapat dicungkil bakat untuk menjadi guru muda kepada rakan mereka.

Rujukan :

Tamir (1985). 'Kajian Dalam Keberkesanan Kerja Rumah'. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd



JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
11

Tarikh
:
05-05-2017

Tajuk
:
TEMASYA SUKAN TAHUNAN MATAQAB KALI KE-4

Kategori
:
Kokurikulum

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR





1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ini banyak latihan rumah sukan dijalankan bagi memastikan para pelajar dapat menjayakan temasya sukan tersebut. Pada tahun ini, temasya sukan tahunan diadakan di padang sekolah SMK JATI. Disebabkan temasya sukan diadakan di tempat lain, pelajar menjadi suka untuk menjelajah bagi melihat persekitaran infrastruktur yang terdapat di sekolah tersebut. Secara tidak langsung ramai pelajar akan berkeliaran tanpa pengawasan guru.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Hanya terdapat seorang guru sahaja yang perlu mengawal seramai 30 orang pelajar dalam satu masa.Selain itu, khemah rumah hijau bersebelahan dengan taman sains dan ini telah menarik minat pelajar untuk melihat persekitaran taman sains tersebut.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Sebelum ini, temasya sukan tahunan diadakan di padang kawasan perumahan. Pelajar tiada peluang untuk berkeliaran kerana kekangan kawasan yang terhad.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Perlulah ada sekurang-kurangnya tiga orang guru bagi mengawal pergerakan pelajar. Hal ini kerana guru perlu memeriksa pelajar yang terlibat dengan acara balapan, memastikan pelajar cukup berada dikhemah dan membekalkan makanan kepada pelajar. Selain itu, guru perlulah bersikap lebih tegas terhadap murid-murid untuk mengawal tingkah laku mereka. Guru-guru di sekolah ini, perlu menyatakan peraturan yang perlu dipatuhi dengan jelas sebelum pergi ke padang.



5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi pelajar. Guru memberi nasihat dan teguran tentang kepentingan menjaga tingkah laku semasa sukan kepada pelajar.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

02-05-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pelajar menjadi lebih peka terhadap peraturan sekolah. Semua arahan guru dapat di dengar dengan jelas dan pelajar mematuhi peraturan semasa berada diluar kawasan sekolah.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Harapan semoga Temasya Sukan Tahunan akan datang menjadi lebih terurus dengan menyediakan pelajar dengan taklimat peraturan semasa berada diluar kawasan sekolah

Rujukan :

Chin Pek Lian, Low Li Chueen, & Vivian Low Yen Yeong. (2005). Isu-isu masalah disiplin pelajar : pendekatan dan penyelesaian. Diperoleh dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Kertas%2018.pdf


JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

No Kad Pengenalan
:
920517086436

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Minggu Praktikum
:
12

Tarikh
:
04-05-2017

Tajuk
:
CABARAN TERAKHIR

Kategori
:
Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Pembimbing
:
ZULKAFLY BIN MOHD NOOR

Guru Pembimbing
:
NURAISHAHTUN BT MD AKHIR





1. Isu Yang Difokuskan :

Minggu terakhir merupakan kemuncak cabaran yang perlu saya peruntukkan masa untuk mengemaskini buku rancangan pengajaran harian (RPH),portfolio dan penulisan jurnal. Selain itu, minngu ini merupakan minggu terakhir penghantran kertas peperiksaan pertengahann tahun. Secara tidak langsung saya perlu pandai untuk menyusun masa agar dapat menyiapkan semua tugasan pada masa yang ditetapkan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Menurut Sapora Sipon (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan antara guru dengan pelajar dan juga kualiti dalam aspek pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri. Keadaan ini sekaligus boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan dan ini secara tidak langsung akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang khususnya mutu pendidikan. Tekanan kerja yang tinggi akan membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerja yang dilakukan dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan terhasil. Ia juga akan menyebabkan suasana kerja yang teruk dan membawa kepada keinginan untuk meninggalkan profesion keguruan.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Guru telah dibebankan dengan tugas yang sangat banyak seperti perlu mengemaskini fail sistem pengurusan sekolah, sistem pengurusan guru, fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Fail Aplikasi Pengkalan Data Murid, Fail Portfolio dan banyak lagi.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cadangan yang boleh menyelesaikan masalah ini:
1. Urusan perkeranian bukan diuruskan oleh guru
2. Membuat jadual dengan mendahulukan kerja yang lebih penting

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Pihak pentadbiran haruslah mengenalpasti potensi guru bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk semua murid.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

04-05-2017


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Setakat ini pihak pentadbiran telah mencadangkan mendapat seorang pembantu guru bagi membantu semua kerja perfailan. Secara tidak langsung beban kerja menjadi lebih ringan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Selaras dengan Webb(1955) yang menjelaskan bahawa polisi di Amerika Syarikat yang menghendakkan guru dan

pelajar berada lama di sekolah tidak akan akan memberi satu jaminan akan menghasilkan keputusan dan pencapaian yang lebih baik dalam kalangan para pelajarnya.

Rujukan :

Mohd. Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

1 comment:

  1. Hebat...Jurnal yang kreatif dan menarik utk terus membaca...Terima kasih atas perkongsian...Pohon share ye

    ReplyDelete