Tuesday, January 23, 2018

RPH KOMSAS NILAI & PENGAJARAN

1
Tarikh / Masa
15 Julai 2016 / 3.20 – 4.40 ( 80 minit )
2
Tingkatan
2 Al-Farabi
3
Bilangan murid
18 orang (9 lelaki, 9 perempuan )
4
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
5
Tema
Kesungguhan dan komitmen
6
Tajuk
Komsas ( Nilai dan Pengajaran)
7
Fokus Utama (HPU)
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

10.0 Memahami dan memberikan respons
peribadi tentang karya sastera.


Fokus Sampingan (HPK)
2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

9
Objektif
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :
1. Menyenaraikan 4 nilai murni dan pengajaran  berdasarkan cerpen
2  . Menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat dan gramatis.

10
Sistem  bahasa
Kosa kata, kata nama, ayat  penyata, kata adjektif

Kemahiran bahasa
Mendengar, bertutur, membaca dan menulis
11
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Moral

Nilai murni :  kerjasama, berani, yakin, hormat-menghormati

Kemahiran bernilai tambah : KBKK,  verbal­linguistik, interpersonal dan intrapersonal,  kontekstual, konstruktivisme         

12
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
LCD, lembaran kerja, kertas sebak, ‘marker pen’
13
Pengetahuan Sedia Ada
1. Pelajar telah membaca cerpen Hadiah


Langkah dan masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Set Induksi  ( 5 minit)

Contoh soalan :
1. Senaraikan produk kraf tangan yang terdapat dalam tayangan video sebentar tadi.

2. Adakah terdapat sebarang produk kraftangan di rumah?

Cadangan jawapan:
1.    - Wau
-Tudung saji
-Labu sayong

2. Kain batik


a.    Guru menayangkan tayangan video tentang produk kraf tangan yang terdapat di Malaysia.

b.    Murid menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh guru secara berhemah.

c.    Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:
-LCD.

Kecerdasan pelbagai:
-verbal-linguistik
-intrapersonal

Kemahiran bahasa:
-bertutur

Nilai:
-keyakinan

Langkah 1
(15 minit)

1.    Nilai:  sifat-sifat mulia dan positif yang terdapat dalam cerpen.

2.    Pengajaran ialah peringatan, pedoman, dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca.

Nilai dalam cerpen Hadiah:
·         Kerajinan
·         Kegigihan
·         Kesabaran
·         Kasih saying


a.    Guru  menerangkan maksud nilai dan pengajaran.

b.    Guru  memilih murid secara rawak untuk   tampil  ke depan dan  meminta  murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat pada diri  sendiri.

c.    Beberapa  orang  murid diminta  menulis nilai murni yang terdapat dalam cerpen Hadiah di papan putih.



Kecerdasan pelbagai:
-Interpersonal
-intrapersonal

Nilai:
-berani,
-jujur
-keyakinan

Objektif 1

Langkah 2   ( 15 minit )

Teknik Balang Kaca.

Pembahagian kumpulan berdasarkan nilai murni:
1.    Kerajinan
2.    Kegigihan
3.    Kesabaran
4.    Kasih sayang

a.    Seterusnya, guru membahagikan murid kepada 4 buah kumpulan.

b.    Guru menugaskan setiap kumpulan melakukan teknik balang kaca berdasarkan nilai murni yang terdapat dalam cerpen.

a.    Seorang wakil murid akan bergerak ke hadapan dan melakukan teknik balang kaca melalui mimik muka dan gerak tubuh.
b.    Murid kumpulan lain akan cuba meneka nilai murni yang sedang dilakukan.


Kecerdasan pelbagai:
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal­Linguistik

Nilai:
-Kerjasama
-keberanian

Kemahiran bahasa:
-bertutur

Objektif 1

Langkah 3   ( 15 minit)

Teknik sumbangsaran

Pembahagian kumpulan berdasarkan pengajaran:
1.    Kita haruslah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
2.    Kita haruslah bersabar dengan tingkah laku anak-anak.
3.    Kita haruslah bersikap inovatif untuk mencipta barangan yang berkualiti.
4.    Kita haruslah memberikan galakan kepada seseorang untuk berjaya.

Cadangan jawapan:
1.    Kita haruslah bersikap inovatif untuk mencipta barangan yang berkualiti.
Azizah mencuba pelbagai variasi warna untuk mencipta kraf tangan yang unik dan menarik

a.       Berdasarkan pembentukkan kumpulan tadi, guru menyuruh murid melakukan pembentangan tentang pengajaran yang diberi.
b.      Murid dikehendaki mencari contoh dalam cerpen Hadiah.
c.       Guru memantau pergerakkan hasil kerja murid.


Pendekatan:
-berpusatkan murid

Kecerdasan pelbagai:
­ Interpersonal
­ Intrapersonal

Nilai:
-kerjasama
- berani
-yakin
-hormat-menghormati

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:
-kertas sebak
-‘marker pen’

Langkah 4   ( 15 minit)

Teknik ‘Gallery Walk’

a.    Setiap kumpulan perlu memilih, seorang wakil kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.
b.    Ahli lain akan bergerak ke kumpulan lain untuk mendengar dan mengumpul maklumat daripada kumpulan tersebut.
c.    Sesi soal jawab juga berlaku semasa wakil kumpulan membentangkan hasil kerja.
d.    Guru memantau pergerakkan murid.


Verbal linguistik
­ kemahiran bertutur

Kemahiran Berfikir
-menjana idea

Nilai:
-kerjasama
- berani
-yakin
-hormat-menghormati

Objektif 1

Penutup    (5 minit)

Penutup kognitif.




a.    Guru merumuskan isi pelajaran dan meminta murid membuat kerja rumah.


Kecerdasan pelbagai:
-interpersonal

Lampiran 1

Catatan / Refleksi:





Komen Pensyarah:



Lampiran 1
Jawab soalan berikut
1.    Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk melahirkan penghargaan terhadap seorang yang banyak berjasa seperti guru?
____________________________________________________________________________________________________________________________
2.    Selain pemberian hadiah oleh murid kepada guru, cadangkan aktiviti lain yang sesuai diadakan semasa sambutan Hari Guru?
____________________________________________________________________________________________________________________________
3.    Pada pendapat anda, apakah kepentingan sambutan Hari Guru?
____________________________________________________________________________________________________________________________
4.    Berikan 2 pengajaran dan contoh berdasarkan cerpen Hadiah.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment