Sunday, January 21, 2018

RPH BM : AKTIVITI 5

Tarikh :  10 Jun 2015

Masa  :  0930 – 1030

Tingkatan :  5 Idris Al-Marbawi

Bilangan Pelajar :  29 orang

Mata pelajaran :  Bahasa Melayu

Tajuk pengajaran :  Kepentingan Teknologi Dalam Masyarakat Malaysia

Objektif :  mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan

Hasil pembelajaran :  menghubungkaitkan topik dengan merujuk pelbagai sumber untuk     
                                       mengemukakan idea yang bernas

Set induksi :  pelajar diedarkan dengan pelbagai alatan seperti telefon mudah alih, komputer riba LCD projektor dan kalkulator saintifik. Mereka diminta memegang, melihat, dan menyebut nama alatan-alatan tersebut.

Cadangan aktiviti : 

1.    Pelajar diminta oleh guru untuk menghubungkaitkan alatan yang diedarkan dengan topik yang akan dipelajari pada hari ini.

2.    Guru meminta pelajar membentuk beberapa kumpulan perbincangan dan menyenaraikan kepentingan alatan teknologi tersebut.

3.    Pelajar dan guru  menjalankan aktiviti sumbang saran berasaskan isu yang diberi dan memilih idea yang bernas serta huraian yang mengukuhkan hujah-hujah tersebut.

Penutup :  Wakil pelajar diminta untuk menjelaskan kesimpulan berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung pada hari serta menyenaraikan3 isi dapatan dari aktiviti yang telah dijalankan.

Refleksi :  90% pelajar mampu mencetuskan idea serta hujah yang menarik dan berkesan berkenaan topik yang diberikan. Nilai kerjasama dalam kumpulan juga jelas dalam kalangan pelajar dan saling bersaing antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. 10% lagi pelajar mampu memberi idea namun kurang jelas menghujahkan berkaitan idea mereka.


No comments:

Post a Comment