Sunday, January 21, 2018

JURNAL PRAKTIKUM IV

JURNAL PRAKTIKUM



Nama Pelajar
:
NURAFIQAH BAHIAH SAIFUL ANUAR

Program
:
PDPM

Pengkhususan / Opsyen
:
2014 / 11 - BM : PDPM

Sekolah
:
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN & AKADEMIK BAKIP

Fasa Praktikum
:
1

Minggu Praktikum
:
1

Tarikh
:
10-02-2017

Tajuk
:
MASALAH KAWALAN KELAS

Kategori
:
Interpersonal dan Intrapersonal




1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu pertama, perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar kerana kawalan kelas yang lemah. Ini secara tidak langsung menyebabkan terdapatnya murid yang bising dan tidak dapat memberikan fokus terhadap arahan guru dan aktiviti yang sedang dijalankan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan di dalam kelas tetapi aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana terdapat sekumpulan murid yang bising dan ada yang bermain-main setelah murid menerima bahan membuat projek bot. Mungkin saya tidak memberi perhatian terhadap kawalan kelas dan fokus murid. Ini menyebabkan saya terpaksa memberi penerangan secara berulang kali. Mungkin arahan saya tidak jelas dan murid tidak peka dengan apa yang mereka perlu buat. Di samping terdapat ramai murid dan keadaan kelas yang bingit maka murid tidak dapat mendengar dengan jelas arahan guru.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Tiada

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya perlu peka dan prihatin terhadap semua murid dan memastikan mereka menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu, kelas mestilah berada dalam keadaan tenteram,baik dan terkawal sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Saya juga perlu memberi arahan dengan jelas berserta peruntukan masa agar murid dapat menyiapkan tugasan bot mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Masalah ini harus diatasi dengan kadar segera. Sekiranya perkara ini berterusan, maka guru tidak dapat menjadikan panduan yang berguna untuk proses penilaian. Saya akan meminta panduan daripada guru pembimbing untuk memberi komen terhadap pengajaran dan pembelajaran saya agar aktiviti dapat dijalankan dengan sistematik.

6. Tindakan Susulan :

Tindakan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan cara berikut:
1. Membahagikan murid kepada beberapa buah kumpulan.
2. Setiap kumpulan harus dilantik seorang ketua kumpulan, seorang jurutulis, seorang pengendali masa agar dia boleh peka terhadap tempoh masa yang diberikan guru dan seorang jurubahan untuk mengambil bahan bantu mengajar yang disediakan guru.
3. Selepas itu, guru memberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukan dan semua murid harus menepati arahan yang diberikan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

00-00-0000


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :



9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :



10. Rujukan :

Tiada

No comments:

Post a Comment