Sunday, January 21, 2018

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

 






MAAHAD TAHFIZ QURAN DAN AKADEMIK BAKIP IPOH




KERTAS KERJA


KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA                                                        




TEMPAT:

Singgah Santai Resort,Chemor




TARIKH:
JUMAAT
3 FEBRUARI 2017

1.0 PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di sekolah ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani masalah pelajar.
            Oleh itu, guru kaunseling memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan dalam kalangan pelajar agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah. Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan kepimpinan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah.
            Disebabkan itu, PRS perlu dibekalkan dengan kemahiran komunikasi komunikasi dengan berkesan dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang berguna dalam kalangan murid.
            Oleh kerana itu team building dijalankan untuk ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya sebagai melengkapkan modul kepimpinan kursus latihan PRS di samping menjalinkan kerjasama yang baik antara ahli PRS senior yang junior. Jika komunikasi antara ahli PRS sendiri sangat baik, maka mudah menjalankan aktiviti menolong di sekolah sebagai satu pasukan PRS yang bekerjasama dan bertoleransi antara mereka.

2.0 MATLAMAT

2.1 Membentuk generasi pelajar yang mempunyai budaya kasih mesra dan sedia  
      memberikan pertolongan dalam kerja berpasukan secara sukarela.

2.2        Membina kumpulan pelajar yang mampu membantu mengurangkan masalah
salah laku di sekolah.

3.0 OBJEKTIF 

3.1 PRS  dapat menjalani kursus  teambuilding untuk membina semangat pasukan

3.2 PRS  dapat mengaplikasikan kursus ini dengan kehidupan seharian agar mempunyai semangat bekerjasama antara satu sama lain

3.3 PRS dapat  mengeratkan silaturahim di antara mereka

4.0 SASARAN
           
Semua ahli kelab Pembimbing Rakan Sebaya

5.0 TARIKH  & TEMPAT PERLAKSANAAN.

3 Februari 2017
Singgah Santai Resort,Chemor




6.0 AKTIVITI

7.30 pagi      : Pendaftaran
8.00 pagi      : Singgah Santai Resort,Chemor
9.00 pagi      : Tiba di resort
9.10 pagi      : Ice breaking/ Pembahagian kumpulan
10.00 pagi     : Rehat
10.30 pagi     : Aktiviti team building – 4 slot
1.30 t/hari     : Makan tengah hari/ Solat Zohor
2.30 petang  : Majlis penyampaian sijil dan cenderamata
                       : Persembahan kumpulan
4.00 petang  : Bertolak ke MATAQAB
5.00 petang  : Tiba di sekolah                               

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


 Kos Perbelanjaan

BIL
PERKARA
ANGGARAN KOS
JUMLAH
1.
Bayaran instruktor
RM100
RM400.00
2.
Percetakan bahan
RM10 x 4 rim
RM40.00
3.
Makanan dan minuman
RM5 x 15
RM 75.00
4.
Hadiah
RM150
RM150.00
5.
Pengangkutan bas
RM350
RM350.00
JUMLAH
RM1015.00

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

            Pengerusi                    : Pn.Nur Sima bt Md Pisar
Naib Pengerusi           : Pn. Emy Syakila bt Md Ruslan
Penyelaras                  : Pn. Rosmini bt Selamat
            Setiausaha                  : Pn. Nurafiqah Bahiah Bt Saiful Anuar
            Naib Setiausaha          :Pn. Saliza bt Teh
            Bendahari                    :En. Izzul Zakwan b. Shamsul Aznan
            Naib Bendahari           : En. Tun Mohd Saufi b. Mohd Zakaria
 

            AJK                             :
            Pendaftaran Pelajar    - En. Azizi b. Abd Wahab
            Jemputan jurulatih      - En. Abdul Latif b. Kadmo
            Cenderahati dan sijil    -En.  Nor Shuhada bt Ramli 
            Jamuan                       - Pn. Najmawati bt Khidzir     
            Peralatan                     - Pn. Shatirah bt Ahmad Sakaoff
            Pengangkutan             - Pn. Masihah bt Sapian

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar program ini mencapai objektif yang diharapkan terhadap para peserta dan  mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli Pembimbing Rakan Sebaya agar mudah memberikan kerjasama.Sehubungan itu, diharap peruntukan sebanyak RM1015 seperti yang dinyatakan dapat diluluskan.



Disediakan oleh,                                                      


                                                                                                                                        
…………………..............................                                                                                       
NURAFIQAH BAHIAH BT SAIFUL ANUAR
Setiausaha,
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya



Disemak oleh,


...........................................
PN. HJH. RODZIAH BINTI RAMLI
                                               




Diluluskan oleh,

                                               
………………….......................
TN. HJ. MUHAMMAD BIN YAHYA

Pengetua 

No comments:

Post a Comment