Sunday, January 21, 2018

RPH BM 7

Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tingkatan                    :
Bil. Murid                   :
Tarikh                          :
Masa                            :
Tajuk                           : Karangan Perbincangan
Tema                           : Tinggal di Asrama Lebih Baik daripada Tinggal di Rumah
Bidang                        : Interpersonal
Model Pengajaran       : Konstruktivisme
Objektif                      : 
         
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menulis sekurang-kurangnya satu perenggan isi tentang faktor tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah yang disampaikan dalam bentuk kumpulan masing-masing.

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

HPU
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.

HPK
2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

ARAS 1
(ii) Mengemukakan idea utama dan idea sokongan untuk menghuraikan pendapat.

Kemahiran Bahasa               :           Mendengar, bertutur, dan menulis

Sistem Bahasa                      :           Kosa kata
·         Asrama
·         Rumah

Tatabahasa
·         Binaan ayat perenggan

Pengisian Kurikulum           
Ilmu                             :  Pendidikan moral dan kemasyarakatan
Nilai                            :   berani,  rasional, berkeyakinan, kreatif, bekerjasama dan
    bertanggungjawab
KBT                            :   Kemahiran Berfikir    


Alat Bantu Mengajar
·  Gambar, sampul warna kertas A4, kertas sebak, pen marker, dan kertas A4.

Pengetahuan/ Kemahiran Sedia Ada
· Pelajar sudah diajar tentang karangan perbincangan.
· Pelajar sudah mempunyai pengalaman tinggal di asrama.


Penggabungjalinan:

Fasa dan isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Alat/KBT/Nilai

Induksi Set 
(3 minit)
(Menarik perhatian pelajar).
Soalan :
1. Apakah gambar yang dilihat oleh pelajar?
2. Apakah yang difahami oleh pelajar mengenai gambar tersebut?

·   Guru menunjukkan gambar seekor burung yang keluar dari sangkar dan kambing yang dikurung di dalam kandang kepada pelajar.
·   Guru bersoal jawab dengan pelajar berkenaan gambar yang ditunjukkan.
ABM
·  Gambar

Kaedah
·  Bersoal jawab

Nilai
·  Bersedia
·  Berfikiran  rasional

Fasa 1 : Orientasi
 (5 minit)
(Menetapkan hala tuju pembelajaran).
Pengenalan.
· Gambar asrama dan rumah.
·  Definisi tentang asrama dan rumah.
Hala tuju pelajaran
Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah.

·  Pelajar ditunjukkan gambar oleh guru.

· Pelajar mengaitkan gambar yang terdahulu dengan gambar yang baru.

· Pelajar diminta memberi pengertian tentang
asrama dan rumah.

· Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini.












ABM
Gambar
KBKK
 Menghubungkaitkan
Nilai
Berkeyakinan
 Rasional
Fasa 2 : Mencungkil
idea
 (5 minit)
Masalah yang timbul.
·  Faktor tinggal di asrama dan rumah.
· Kebaikan dan keburukan tinggal di asrama dan rumah.

· Pelajar diminta memikirkan masalah yang timbul berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan.
· Pelajar diminta menuliskan idea tersebut dalam bentuk peta minda.
· Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan.
ABM
· Gambar

KBT
·  Kemahiran berfikir dan pembelajaran kontekstual

Nilai
· Kreatif

Fasa 3 : Penstrukturan semula idea 
(5 minit)
(Menyusun
semula penge-tahuan hasil percampuran idea lama dengan idea baharu).
· Mencatat isi-isi penting yang diperolehi.

·         Setiap kumpulan diberi sampul surat berlainan warna.
·         Setiap kumpulan dikehendaki membuat seberapa banyak isi-isi penting yang diperolehi berdasarkan tajuk.

·         Aktiviti pelajar dipantau oleh guru.
ABM
·         Sampul warna kertas A4, kertas sebak, pen marker, dan kertas A4
KBKK
·         Menjana idea
KBT
·         Kemahiran berfikir
Nilai
·         Bekerjasama
·         Bertanggungjawab

Fasa 4 : Aplikasi idea
(15 minit)
(Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar)
Membuat pembentangan mengikut kumpulan.
(i) Faktor tinggal di asrama
·  Mudah berbincang dengan rakan-rakan.
·  Dapat mendisiplinkan diri.
· Belajar hidup berdikari.
(ii) Faktor tinggal di rumah
·Tidak terikat dengan disiplin.
·Dapat tinggal bersama keluarga.

·Dapat menolong ibu bapa.


(iii) Kebaikan dan keburukan tinggal di asrama
Baik
· Belajar mematuhi masa.
·Hidup berdikari.
· Dapat fokus pada pelajaran.
Buruk
· Pengaruh rakan sebaya.
·Disiplin yang ketat.
(iv) Kebaikan dan keburukan tinggal di rumah
Baik
· Dapat tolong ibu bapa.
·Masa belajar fleksibel.
Buruk
· Belajar sambil lewa.
· Tiada disiplin waktu.
· Banyak gangguan.

· Pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka lakukan berdasarkan tugas mengikut kumpulan masing-masing.
· Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan jawapan mereka yang telah siap di hadapan kelas.
· Pelajar diminta memilih satu daripada tiga faktor tinggal di asrama yang telah dibentangkan dan menulisnya dalam bentuk satu perenggan isi.
· Pelajar diminta menulis hasil perkongsian maklumat tersebut di atas kertas A4.





· Setiap wakil kumpulan diminta untuk membaca hasil penulisan perenggan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan.
· Isi utama yang diperoleh pelajar akan disimpulkan oleh guru.



ABM
· Kertas sebak
· Pen marker
· Kertas A4

Nilai
·Bekerjasama
·Berkeyakinan
·Berani

KBKK
· Menjana idea
· Membuat keputusan

KBT
· Kemahiran berfikir



Fasa 5 : Refleksi 
(5 minit)
(Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh)
· Penilaian dibuat terhadap hasil pembentangan bagi setiap kumpulan.
· Penilaian berdasarkan cara pembentangan dan isi-isi penting yang diperolehi oleh setiap kumpulan.

·Pelajar menilai hasil pembentangan setiap kumpulan pelajar lain dan seterusnya diikuti oleh guru.
· Semua kumpulan dianggap membentangkan hasil kerja dengan baik. Setiap kumpulan mendapat ganjaran.












Nilai
·Yakin
· Bekerjasama
· Bertanggungjawab

KBKK
·Menilai keputusan


Penutup 
(2 minit)
Merumus dan membuat kesimpulan isi pelajaran.

· Guru merumus isi pelajaran dan sekali gus memberi kesimpulan terhadap isi pelajaran pada hari ini.
Nilai
· Bertanggungjawab


No comments:

Post a Comment