Sunday, January 21, 2018

RPH BM: AKTIVITI 3

Hasil pembelajaran (1.5)
Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan.
Set induksi
Guru mengemukakan beberapa gambar untuk dibincang.Guru minta pandangan murid tentang isu tersebut .

Aktiviti

Guru mengemukakan satu isu untuk dibincang.
·     Guru minta pandangan murid tentang isu tersebut
(cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya).
    Murid berbincang dalam kumpulan tentang isu cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
   Pelapor setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan. Pelajar lain diminta memberi respons terhadap laporan rakan.
   Penilaian lisan kepada pelapor dari setiap kumpulan dan pelajar yang memberi respons.


        Kesimpulan

Bil
Soalan
1
Adakah murid memahami tajuk yang dibincangkan
2
Adakah murid dapat mengemukakan hujah/ pendapat dengan logik
3
Adakah murid dapat memberikan contoh yang sesuai untuk menyokong hujah
4
Adakah murid memberikan respon secara tertib dan bersopan?(misalnya perkenalkan diri,memberi salam meminta izin dan bertutur dengan sopan)




No comments:

Post a Comment