Sunday, January 22, 2017

RPH SN Kepelbagaian Sebatian Karbon

Tarikh :                                                7 September 2016
Masa :                                                 2.00 petang – 3. 00 petang ( 60 minit )
Kelas :                                                 Tingkatan 5 Al-Farabi
Bilangan murid:                                   20
Subjek :                                               Sains
Tema :                                                 Jirim dalam alam
Topik :                                                 Sebatian karbon
Subtopik:                                             Kepelbagaian sebatian karbon

Objektif pembelajaran :                      4.1 Menganalisa kepelbagaian sebatian karbon

Hasil pembelajaran:                            Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.    Menyatakan maksud sebatian dalam karbon secara bertulis
2.    Menyatakan maksud dan memberi 2 contoh sebatian organik dan bukan organik secara lisan.
3.    Membanding dan membezakan sebatian organik dengan sebatian bukan organik seccara bertulis.
4.    Mengelaskan bahan kepada bahan organik dan bahan bukan organik secara bertulis
5.    Menyatakan maksud dan menyenaraikan sumber hidrokarbon

Pengetahuan sedia ada:                     Murid telah mempelajari mengenai atom dan sebatian semasa di tingkatan 2

Kemahiran proses sains:                    1. Berkomunikasi
                                                            2. Mengelaskan

Sikap dan nilai saintifik:                      1. Bekerjasama
                                                            2. Menghormati rakan
                                                            3. Menghargai alam sekitar
                                                            4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
                                                            5. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data


Bahan bantu belajar:                            1. Pensel
                                                             2. Roti
                                                             3. Slaid powerpoint
                                                             4. Carta sebatian karbon
                                                             5. Lembaran kerja




Fasa / Masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Orientasi
( 5 minit )

Mencungkil pengetahuan murid

Murid ditunjukkan dengan beberapa bahan yang mengandungi unsur karbon


BBB:
1.          Pensel
2.          Roti
Pencetusan idea
( 30 minit )
Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon di dalamnya.

Sebatian organik ialah sebatian karbon yang berasal daripada benda hidup.

Sebatian bukan organik ialahh sebatian yang bukan berasal daripada benda hidup.

1.  Murid diterangkan mengenai sebatian karbon, sebatian organik dan sebatian bukan organik.

2.  Secara berpasangan, murid perlu membuat perbincangan dalam membanding dan membezakan sebatian organik, dan bukan organik dalam suatu pengurusan grafik atau i-Think.

3.  Hasil perbincangan akan dibincangkan bersama dalam kelas.

4.  Sebarang miskonsepsi akan diperbetulkan.

BBB:
Slaid powerpoint

Kemahiran Proses Sains:
Berkomunikasi

Sikap dan nilai:
  1. Bekerjasama
  2. Menghormati rakan

Penstrukturan semula idea
( 25 minit)
Sebatian hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi unsur hidrogen dan karbon sahaja.

Sumber-sumber hidrokarbon ialah:
  1. Arang batu
  2. Gas asli
  3. Petroleum
  1. Sebuah carta diberi kepada murid untuk dilakukan pengelasan sebatian karbon di dalam kumpulan.

  1. Hasil perbincangan akan dibincangkan bersama di dalam kelas .

  1. Murid diterangkan mengenai hidrokarbon.

  1. Secara berpasangan, murid perlu mencari dan menyenaraikan sumber-sumber hidrokarbon dan bagaimana ia boleh terhasil.
BBB:
  1. Carta sebatian karbon
  2. Slaid powerpoint

Kemahiran proses sains:
1.    Berkomunikasi
2.    Mengelaskan

Sikap dan nilai
1.    Bekerjasama
2.    Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data
Aplikasi idea
(15 minit)
Menguji kefahaman murid.
  1. Murid diberi lembaran kerja.
  2. Jawapan akan dibincangkan bersama.
BBB:
Lembaran kerja

Kemahiran proses sains:
Berkomunikasi

Refleksi
(5 minit)

Melakukan sesi soal jawab bagi membantu murid membuat rumusan
.
Soalan 1:
Apakah maksud sebatian karbon?

Soalan 2:
Berikan tiga contoh sebatian yang merupakan sebatian karbon organik.

Soalan 3:
Apakah perbezaan yang terdapat pada sebatian organik dan bukan organik  semasa dipanaskan?

Soalan 4:
Berikan tiga contoh sumber hidrokarbon.

Teknik:
Penyoalan

Nilai dan sikap:
  1. Menghargai alam sekitar

  1. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.


Refleksi:


No comments:

Post a Comment