Sunday, January 22, 2017

KERTAS KERJA CERAMAH PDRM

PROGRAM CERAMAH PDRM
TAHUN 2017

TARIKH                     :    18 JANUARI 2017
HARI                          :   RABU
MASA                         :   3.30 PETANG
TEMPAT                    :   DEWAN MAKAN SEKOLAH

1.0  PENDAHULUAN

            Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu.Memandangkan disiplin  dan murid adalah dua unsur yang saling berkait rapat maka Unit Disiplin bersama Unit Beruniform akan mengadakan 1 program ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada murid .


2.0 OBJEKTIF

Di akhir program  ini diharapkan dapat :
i.         Melahirkan dan membentuk murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang di sekolah.
ii.         Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid.
iii.          Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.
iv.         Menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

3.0  SASARAN
Semua murid .

4.0 RASIONAL MENJAYAKAN PROGRAM  
i.         Pemantapan disiplin murid memerlukan satu program lebih sistematik.
ii.         Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh  dan meningkatkan disiplin seharusnya dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI
Pengerusi: En Muhammad bin Yahya
Naib Pengerusi I: Pn Zurina bt Ibrahim
Naib Pengerusi II: Pn. Wan Norzila @ Wan Norzilatul Syma Bt Wan Mohd Rashdi                                                Naib Pengerusi III: En Mohd. Fahmi Bin Mohamah                  
Penyelaras: Pn Nurafiqah Bahiah Binti Saiful Anuar
Setiausaha: Pn. Aimi Husna bt Zabidi
AJK Jemputan Penceramah: En Hafizuddin bin Dzulkarnain 
AJK Gambar: En Azammuddin Bin Saisi          
AJK Cenderamata Penceramah: Cik Nor Athirah bt Nazri
  
6.0 TENTATIF PROGRAM
Masa
Aktiviti
3.15 petang
Ketibaan penceramah
3.30 petang
Ceramah PDRM
4.45 petang
Penyampaian cenderamata
5.00 petang
Bersurai

7.0 DISKRIPSI TUGASAN

Guru bertanggungjawab
Diskripsi tugasan
AJK Gambar
Mengambil gambar semasa program sedang dijalankan
En Azammuddin Bin Saisi         
AJK Jemputan Penceramah
Mencari penceramah yang sesuai bagi memberi ceramah tentang disiplin murid.
En Hafizuddin bin Dzulkarnain 

AJK Cenderamata Penceramah
Mencari cenderamata yang sesuai untuk diberikan kepada penceramah.
Cik Nor Athirah bt Nazri


9.0 RUMUSAN

            Semoga kertas kerja ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya demi untuk melihat kecemerlangan murid-murid di sini terus berkembang dan mencapai kemuncaknya seperti yang diharapkan oleh semua pihak.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

                                    Disahkan oleh

            ………………………………….
   
              (En Muhammad bin Yahya)
                                    b/p Pengetua
Maahad Tahfiz Al-Quran & Akademik Bakip



 
 


                      Disediakan oleh

           ..............................................

    (Pn Nurafiqah Bahiah Binti Saiful Anuar)
            Penyelaras Unit Beruniform

Maahad Tahfiz Al-Quran & Akademik Bakip

No comments:

Post a Comment