Sunday, January 22, 2017

RPH BM T1 Nilai dan Pengajaran

1
Tarikh / Masa
9 Disember 2016 /
 2.00 petang – 3.20 petang (80 minit)
2
Tingkatan
1 Al-Farabi
3
Bilangan murid
18 orang ( 12 perempuan, 9 lelaki )
4
Mata pelajaran
Bahasa Melayu
6
Tajuk
Komsas ( nilai dan pengajaran)
7
Fokus Utama (HPU)
10.0 Memahami dan memberikan respons
peribadi tentang karya sastera.


Fokus Sampingan (HPK)
10.2 Mengenal pasti  perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

9
Objektif
Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1.    Menyatakan 3 daripada 5 nilai yang dipelajari.
2.    Mengaplikasikan nilai tersebut dalam bentuk pengajaran.
3.    Menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan pemahaman dengan menggunakan ayat yang tepat.

11
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral, Kesusasteraan

Nilai murni : Keprihatinan, kerjasama, tanggungjawab

Kewarganegaraan : Peraturan sosio budaya

Kemahiran bernilai tambah : KBKK,  verbal­linguistik, interpersonal dan intrapersonal,         

12
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
LCD, lembaran kerja, buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung
13
Pengetahuan Sedia Ada
1.    Murid telah mengetahui sinopsis cerpen tersebut.



Langkah dan masa
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Guru meminta murid membuat ramalan tentang tajuk yang akan dipelajari.

Jawapan murid:        
1.    Cerpen Kasut Kelopak Jantung.


    a.    Murid dibahagikan kepada dua buah kumpulan iaitu satu kumpulan ‘kelopak’ dan satu kumpulan ‘jantung’.

b.    Murid diminta menepuk tangan mengikut rentak yang diarahkan oleh guru.

Kemahiran:
Mendengar
Bertutur

Teknik:
Koperatif
Kolaboratif

Nilai:
Kerjasama
Tanggungjawab
Langkah 1
(15 minit)

a.    Guru  menayangkan satu klip video untuk tontonan murid.


Kemahiran Bernilai Tambah:
Interpersonal

Kemahiran:
Mendengar
Langkah 2   
( 15 minit )
Nilai yang dipelajari:
1.    Kerajinan
2.    Kemaafan
3.    Berdikari

Pengajaran:
1.    Kerajinan seorang murid dalam menuntut ilmu.
2.    Kemaafan seorang murid terhadap gurunya.
3.    Berdikari dalam kehidupan

a.    Guru  membuat penerangan tentang nilai dan pengajaran.
Kemahiran:
Mendengar

Nilai: Keberanian

Pendekatan berpusatkan guru.
Langkah 3   
( 15 minit)
Contoh soalan:
1.    Siapakah watak utama yang terdapat dalam cerpen tersebut?
2.    Senaraikan nilai yang diperoleh dari cerpen itu.
3.    Nyatakan dua pengajaran yang anda tahu.

Jangkaan jawapan:
1.    Cikgu Harun
2.    Kemaafan
Kerajinan
Berdikari
3.    Kerajinan seorang murid dalam menuntut ilmu.
Kemaafan seorang murid terhadap gurunya.
Berdikari dalam kehidupan.

a.       Guru memilih seorang murid untuk melaksanakan teknik kerusi panas.
b.      Murid tersebut diminta duduk di hadapan kelas.
c.       Tiga orang murid dikehendaki mengajukan soalan kepada murid tersebut.
Teknik:
Kerusi panas
Penyoalan

Kemahiran:
Bertutur

Nilai:
Keberanian


Langkah 4   
( 15 minit)
Pengukuhan tentang nilai dan pengajaran diberi.
1.    Murid diedarkan lembaran kerja.

2.    Murid diminta membuat latihan yang diedarkan di rumah sebagai kerja rumah.
Teknik:
Pengukuhan

ABM:
Lembaran kerja
Buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung

Kemahiran:
Menulis
Penutup   
(5 minit)
Penutup kognitif.

Guru menyoal kefahaman murid
‘Apakah yang kamu
semua pelajari pada hari ini?’

Guru membuat rumusan
    a. Guru merumuskan isi
        pelajaran dan meminta
        pelajar membuat kerja
        rumah.



Teknik:
Penyoalan

Kemahiran:
Membaca




Catatan / Refleksi:

No comments:

Post a Comment