Wednesday, January 24, 2018

PAK-21

1.0 Pendahuluan
            Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)  akan dapat menaikkan prestasi negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 di mana ianya merupakan salah satu daripada 6 Aspirasi Murid.

1.1         Konsep dan Teori Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
            Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)  melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.
            Ini merupakan pengaplikasian pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
            Apabila pelajar mempunyai kemahiran ini, pelajar akan berupaya membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka pelajar boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan para pelajar.
            Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)  ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada pelajar. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.
            Bagi menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan para pelajar maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.
            Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)  dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)   ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)  semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)    dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

Empat aras dalam domain kognitif dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)  mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta adalah seperti berikut:

a.    Mengaplikasi
 Menjalankan atau mengguna prosedur melalui pelaksanaan atau mengimplementasikan. Pelajar perlu menunjukkan, melengkapkan, mengklasifikasikan, meneliti, mengilustrasikan, menggunakan dan menyelesaikan.
b.    Menganalisis
 Memecahkan bahan atau konsep kepada bahagian-bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian-bahagian tersebut berkaitan atau saling berkait antara satu sama lain atau menjelaskan secara keseluruhan struktur atau maksud. Pelajar perlu membanding, menerangkan, menguji, mengidentifikasikan, mengkategorikan, menyiasat dan membezakan.
c.    Menilai
 Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui pemeriksaan dan kritikan. Pelajar perlu menjustifikasikan, menaksir, mengesyorkan, menentukan, menghakimi, mencadangkan dan memilih.
d.    Mencipta
 Meletakkan (mencantumkan) elemen-elemen berlainan bersama untuk membentuk suatu yang koheren (bersepadu) atau berfungsi sepenuhnya; mengatur semula elemen-elemen berlainan menjadi satu corak atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan atau penghasilan. Pelajar perlu mencipta, mereka bentuk, merancang, mereka cipta, membina/konstruk dan membayangkan.

Rajah 1: Taksonomi Bloom Disemak Semula
(Anderson dan Krathwol 2001; Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013 )

1.2         Kajian TIMSS dan PISA
            Kesedaran pentingnya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini timbul apabila prestasi negara kita semakin menurun dalam keputusan '’Trends in International Mathematics and Science Study” (TIMMS) dan PISA .

Tahun
Skor Purata (Sains)
1999
492
2003
510
2007
471
2011
426
Jadual 1: Pencapaian Pelajar Malaysia dalam TIMMS dan PISA
Sumber: Berita Semasa

            Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan penting dalam memastikan kurikulum yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Guru perlu melakukan satu perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, anjakan daripada budaya menghafal dan kaedah latih tubi yang diyakini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menekankan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

1.3 Penutup
            Tuntasnya, pendekatan KBAT yang dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi memerlukan pelajar memahami dan mengaplikasi pemikiran kritikal, logikal,dan kreatif . Kesemua kemahiran tercetus apabila pelajar berhadapan dengan masalahyang tidak biasa dihadapi, persoalan dan dilema .Kejayaan mengaplikasi kemahiran inidalam pengajaran dan pembelajaran akan membuahkan penjelasan ,keputusan yangtepat, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan . Sekaligus dapat meningkatkan intelektul pelajar .
            Selain itu, mendapat sokongan dari pihak berwajib seperti pihak sekolah, guru,ibu bapa, masyarakat sekeliling dan diri pelajar itu sendiri dengan melengkapkandiri dengan segala kemahiran dan pengetahuan yang meluas melalui pengaplikasianKBAT dalam pembelajaran di mana matlamat utama negara adalah melahirkan pelajar generasi abad ke- 21 yang berfikrah dan mampu bersaing di persada dunia antarabangsa .

2.0  Pengenalan Pendidikan STEM
            Antara usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industry adalah menerusi pengukuhan pendidikan STEM. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik
minat murid melalui aktiviti yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna.
            Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, KPM giat berusaha memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Oleh itu, pendidikan STEM penting dalam menyediakan murid untuk menghadapi cabaran dan  berdaya saing di peringkat global.

2.1 Definisi STEM
            Becker & Park (2011) “Pendidikan STEM merupakan pendekatan yang meneroka pengajaran dan pembelajaran antara mana-mana dua komponen STEM atau lebih atau juga antara satu komponen STEM dengan disiplin ilmu lain”
            Sanders et al. (2011) “Pendidikan STEM adalah pengintegrasian konsep reka
bentuk teknologi/kejuruteraan kedalam pengajaran dan pembelajaran sains.”

2.2 DASAR MENYOKONG STEM
            Usaha KPM membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai murni untuk menyertai bidang STEM disokong oleh dasar-dasar negara seperti berikut:
a. Dasar 60% Sains:40% Sastera (Dasar 60:40)
Dasar 60:40 telah dilaksanakan mulai tahun 1970-an dengan tujuan menyediakan lebih ramai murid yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian di peringkat tertiari dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T). Dasar ini juga berhasrat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri bagi memacu ekonomi Malaysia.
b. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
DSTIN telah diperkenalkan pada 1986 bagi menyokong pencapaian aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju. NSTP menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat kepada pembangunan ekonomi  bagi meningkatkan kemudahan fizikal dan kesejahteraan rakyat. Dasar ini disemak semula pada tahun 2003 agar selari dengan keperluan negara mencapai hasrat Wawasan 2020.
c. Pelan Pembangunan Pendididkan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)
             Pendidikan STEM merupakan satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadapi cabaran abad ke-21.

            Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam 3 fasa;
a.    Gelombang 1 (2013 - 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod
b.    Gelombang 2 (2016 - 2020): kempen dan kerjasama dengan badan-badan berkaitan dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM 
c.    Gelombang 3 (2021 - 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.

2.3 Kelebihan Stem
            STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan. Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di
peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam ciptaan baharu dan inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. 

            Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang berfokuskan pelajar dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Pelajar yang mengikuti Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

            KPM akan memastikan pelajar dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM yang diperlukan untuk meneruskan pengajian di peringkat tertiari dan seterusnya menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah. Usaha juga dibuat untuk memantapkan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah dengan aktiviti yang mencabar minda melalui inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

2.4 Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran STEM
            Guru harus mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai matapelajaran tersebut untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar.
            Terdapat beberapa ciri Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM dikenalpasti bagi membimbing guru melaksanakan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM di sekolah.
a.    Melibatkan pelajar mengaplikasikan kemahiran mereka bentuk
b.    Memberi peluang pelajar menambah baik jawapan
c.    Melibatkan pelajar dalam kerja berpasukan yang produktif
d.    Memerlukan pelajar mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM

3.0 Pengenalan Pembelajaran Abad Ke-21
            Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan  oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
            Perancangan kurikulum abad ke-21 bagi matapelajaran sains mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat.

3.1 Fokus / Penekanan Kurikulum
            Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI) . Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu :-
a.    kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
b.    kemahiran berkomunikasi secara berkesan
c.    kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
d.    kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan

3.2 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
            Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke-21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas.
            Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu.  Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti :
a.            Pelajar berupaya membuat hubung-kait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling.
b.            Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
c.            Yakin untuk berkomunikasi terutamanya kepada guru dan rakan-rakan di dalam bilik darjah.
d.            Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
            Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke-21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad ke 21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
a.            Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan terhadap kandungan kurikulum.
b.            Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
c.            Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
d.            Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.
            Sumber pengetahuan utama abad ke-21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan Korridorraya multimedia  seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.
a.    Teknologi Maklumat/Komputer
            Dalam konteks pendidikkan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.
            Pelajar dalam abad ke- 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. 

b.            Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar                   
            Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan dariapda apa yang diamalkan sekarang. Guru memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat.
            Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab.
            Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurangnnya terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
c.             Pendekatan Modular
            Pendekatan secara modular berperingkat kesukaran bagi setiap tajuk disediakan dalam bentuk bercetak dan/atau CD-ROM untuk satu-satu tahun pengajian. Modul ini disediakan untuk semua mata pelajaran di semua peringkat persekolahan.
            Pelajar boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul yang disediakan tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan modul ini telah diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu ialah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan pelajar.
d.    Mastery Learning
            Pendekatan pembelajaran berfokus kepada penguasaan pelajar terhadap sesauatu perkara yang diajarkan kepada mereka. Penguasaan pelajar ditentukan melalui ujian diagnostik. Tindakan susulan diberikan kepada mereka yang belum menguasai supaya kelemahan mereka tidak terhimpun di akhir setiap pembelajaran.

3.3 Penilaian
            Aspek penilaian kemajuan pelajar adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
            Alat-alat dan perkaedahan penilaian mestilah benar-benar dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar seperti berikut:
a.          Penilaian Berasaskan Sekolah
b.          Penilaian Berterusan
c.          Penilaian Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)
d.          Ujian/ Peperiksaan Secara Online

3.4 Penutup
            Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat hasil yang diharapkan jika tidak diikuti dengan penyusunan semula di dalam bidang-bidang lain, kerjasama di antara agensi-agensi di Kementerian Pendidikan dan mengambil perhatian yang berat tentang pelaksanaannya. Dalam menjayakan hasrat penubuhan Sekolah Bestari, tumpuan utama seharusnya diberikan kepada pembangunan prasarana teknologi, penyediaan latihan semula guru, penyediaan bahan kursus dan format penilaian, di samping penglibatan pihak swasta, ibubapa dan komuniti dalam menangani tugas yang besar ini.


RPH MATEMATIK

Tarikh                                     : 19 Januari 2015
Masa                                      : 12.05 pagi – 1.15 petang
Kelas                                      : 1 Tahfiz
Jangka masa/tempoh          : 70 minit
Bilangan murid                    : 18 orang
Mata pelajaran                      : Matematik
Tahap pencapaian murid   : Sederhana
Topik                                      : Nombor bulat
Subtopik                            : Operasi penambahan, penolakan, darab dan bahagi nombor bulat
Pengetahuan sedia ada     : Murid telah mengetahui nombor bulat
Hasil pembelajaran             : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1)    Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor bulat.
2)    Menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban dan pembahagian nombor bulat
Kemahiran berfikir             : Menghubungkait, membandingbezakan, menjana idea, mengaplikasi, kecerdasan pelbagai

Nilai murni                           : Ketekunan, keyakinan diri, bekerjasama, patuh, hormat, kefahaman, kejujuran
Bahan bantu mengajar             : Slaid powerpoint, sampul soalan bewarna, lembaran kerja, buku teks, papan tulis
Strategi/teknik                    : Pembelajaran kontekstual, penerangan, perbincangan, koperatif dan kaedah penyoalan

LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
1.    Setiap digit dalam suatu nombor mempunyai nilai tempat dan nilai digit yang tertentu
2.    Guru memperkenalkan topik : Nombor bulat
3.    Subtopik : Operasi penambahan,penolakan,pendaraban dan pembahagian dengan nombor bulat

1.    Guru mengemukakan soalan imbas kembali tentang nilai tempat dan nilai digit
2.    Guru bertanyakan soalan kepada murid

S.1 Berapakah bilangan ahli keluarga kamu?
S.2 Berapakah jumlah buku yang kamu bawa pada hari ini?
S.3 Berapakah baki duit kamu selepas berbelanja di kantin sekolah?
3.  Guru mengaitkan dengan pelajaran   pada hari ini.
KBKK
Menghubungkait

STRATEGI/ TEKNIK: Pembelajaran kontekstual, penyoalan
NILAI MURNI:
Ketekunan


Langkah 1
(20 minit)






Operasi penambahan dan penolakan dengan nombor bulat
Strategi : Slaid powerpoint

1.    Guru menerangkan konsep penambahan dan penolakan
  1. Guru menunjukkan langkah yang terlibat dalam penambahan dan penolakan nombor bulat
Contoh 1 :
Text Box:     526
+  621
  1147
Selesaikan 526 + 621 = ?

                             

Contoh 2 :
Text Box:      765
-  123
   642
Selesaikan 765-123 = ?

 


3.   Guru mengemukakan beberapa  soalan pada papan tulis untuk diselesaikan oleh murid.  Kemudian guru memanggil murid secara rawak untuk menerangkan langkah penyelesaian dan seterusnya memberikan jawapan
      Soalan :
S.1) 1005 + 278
J.1) 1283
S.2) 2456 + 3469
J.2) 5925
S.3) 6400 - 400
J.3) 6000
S.4) 7242 - 624
J.4) 6618

KBKK:
Menghubungkait dan membandingbezakan

STRATEGI/ TEKNIK: Penyoalan, penerangan

NILAI MURNI:
Keyakinan diri

BBM: Slaid powerpoint

Langkah 2
(20 minit)








Operasi pendaraban dan pembahagian nombor bulat


1.    Guru menerangkan konsep pendaraban dan pembahagian
  1. Guru menunjukkan langkah yang terlibat dalam pendaraban dan pembahagian nombor bulat
  2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sampul yang berlainan warna.
  3. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan soalan yang terdapat dalam sampul warna.
  4. Kemudian, wakil setiap kumpulan diminta kehadapan untuk menunjukkan jalan pengiraan dan memberikan jawapan.
  5. Guru membuat penegasan tentang langkah menyelesaikan operasi darab dan bahagi dalam bentuk lazim


KBKK
Menjana idea

STRATEGI/TEKNIK:
Perbincangan dan penyoalan

NILAI MURNI:
Bekerjasama

BBM:
Slaid powerpoint / sampul soalan bewarna
Langkah 3
(15 minit)

Murid membuat latihan di dalam kelas secara individu dan dibenarkan berbincang dalam kumpulan masing-masing
 
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja dan setiap murid dikehendaki menyelesaikan tugasan dalam lembaran kerja 1 di lampiran A
2.    Murid perlu menunjukkan jalan pengiraan dan memberikan jawapan pada pada lembaran kerja
3.    Soalan yang tidak sempat dijawab dijadikan sebagai kerja rumah

KBKK
Mengaplikasi,
kecerdasan
pelbagai

STRATEGI/ TEKNIK:
Koperatif, perbincangan

NILAI MURNI :
Patuh, bekerjasama

BBM:
lembaran kerja

Penutup
(10 minit)
1.    Guru memanggil seorang murid secara rawak untuk membuat refleksi dengan menyebut kembali apa yang telah dipelajari
2.    Guru memberi penghargaan dengan ungkapan kata-kata semangat kepada murid di atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.
1.    Murid menjelaskan konsep yang dipelajari hari ini.

2.    Guru membuat kesimpulan hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan

NILAI MURNI :
Hormat, kefahaman, kejujuran




                                                                                                                                                    Lampiran A1

Lembaran kerja 1
Selesaikan soalan yang diberikan dengan menunjukkan jalan pengiraan yang betul.
1.    Dapatkan hasil tambah bagi 2344 dan 129 ? Seterusnya dapatkan hasil tolak bagi
nombor tersebut.                                                                                             [ 4 Markah]

2.    Apakah hasil darab bagi 345 dengan 12 ?                                                     [ 2 Markah]

3.    Selesaikan 7608 didarabkan dengan 51                                                        [ 2 Markah]

4.    Selesaikan 740021 ÷ 8                                                                                   [ 2 Markah]


5.    Selesaikan 54816 ÷ 12                                                                                   [ 2 Markah]